Sunday, August 22, 2010

Halaman bunga

 Halaman rumah tanpa bunga pasti tidak berseri.....berkongsi minat menanam bunga bersama suami menjadikan halaman rumah saya semakin ceria. Antara pokok bunga dan tanaman hiasan yang saya tanam adalah seperti Bunga Ros, Orkid, Melur, Bambu, bunga kertas, Bunga Raya, Kaktus, keladi, Lavender, Ati-ati, misai kucing, Puding dan banyak lagi........Tapi dalam pelbagai jenis bunga yang paling saya minat adalah ROS dan ORKID.




ROS.

Pokok Bunga Ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiospermBunga Ros adalah salah satu tumbuhan berbunga, oleh itu dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Ros adalah satu bunga asing bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu. Bunga Ros mempunyai keharuman yang lemah dan tidak sekuat bunga tempatan. Ini mungkin disebabkan bunga Ros tidak banyak mempunyai persaingan. Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Ros melambangkan bunga cinta.



Bunga Ros yang pelbagai warna memberi beberapa maksud yg tersembunyi jika diberikan kepada seseorang..sebagai contoh :

hitam = musuh
merah jambu = teman istimewa
putih = kawan baik
merah = cinta
jingga = mengambil berat

Beberapa tips penjagaan pokok bunga ros :~

  1. Siram pokok 2 kali sehari - 7.00 pagi dan 6.00 ptg.
  2. Baja - 2 minggu sekali. - gunakan baja organik
  3. Letak di tempat yang teduh adalah lebih baik. Cuaca panas akan merosakkan kecantikan bunga ros.

ORKID.






No comments:

Post a Comment