Tuesday, August 24, 2010
Monday, August 23, 2010
Koleksi Petua Mummy.
Cara terbaik pilih Telur
Kulit telur yang bergerutu atau bebiji-biji adalah telur baru, jadi semasa membeli telur usap kulit telur dan pilihlah kulit telur yang bergerutu atau berbiji-biji krn isinya lebih baik.
Menaikkan Seri Pengantin
Dahulukan dgn bacaan Selawat Nabi, Surah Al Fatihah dan Surah Nabi Yusof. Amalkan memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Insyaallah, keserian wajah akan lebih terserlah.
Kekalkan kesedapan tempoyak
Masukkan tempoyak ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk (tempat ais) , biarkan beku. Apabila mahu makan, isinya tetap manis dan lazat.
Sirap lebih enak dan wangi
Masukkan daun pandan, kulit kayu manis dan pewarna merah selepas gula dan air yang dimasak telah mendidih serta menjadi pekat.
Hilangkan bau perut lembu
Selepas membersihkan perut lembu, gaulkan bersama secawan tepung gandum. Biarkan seketika kemudian bilas dengan air bersih.
Membersih dan mengilatkan cermin
Basahkan surat khabar lama dan taburka dengan bedak. Gunakan ia untuk mengelap permukaan cermin. Lakukan berulang kali sehingga anda berpuas hati.
Hilangkan lendir ikan pari
Gaulkan garam,tepung gandum dan sedikit air. Kemudian lumur rata pada ikan pari tersebut dan bilas.
Daun pandan harumkan badan
Ambil 15 - 20 helai daun pandan dan kisar halus. Tapis dan jadikan jusnya sebagai mandian. Sebelum mandi, campurkan dengan air biasa. Gosok keseluruhan badan terutamanya bahagian ketiak. Jika di amalkan selalu, badan akan berbau harum secara semulajadi.
Cara mudah kupas kentang
Basuh kentang hingga bersih, kemudian rebus selama 5 minit atau sehingga hampir empuk. Sejukkan dan kemudian kupas kulitnya. Hasilnya kentang menjadi lebih cantik.
Hilangkan mata sembab
Ambil telur ayam, asingkan putih dengan kuningnya. Kemudian, campurkan putih telur dengan bedak sejuk dan sedikit lendir aloe vera. Sapukan sekeliling mata dengan iringan selawat.
Meriahkan inai di jari
Selepas memakai inai di jari, tunggu selama beberapa jam sehingga inai kering. Kemudian, ambil limau kasturi dan titiskan airnya ke jari. Lakukan beberapa kali sehingga inai di jari bertambah merah.
Teh rawat resdung
Teh uncang yang telah digunakan jangan dibuang, sebaliknya ia boleh digunakan untuk merawat masalah resdung dan jerawat di muka. Gosokkan ke seluruh muka dan biarkan seketika. Kemudian, basuh dengan air bersih. Jika di amalkan selalu, masalah resdung dan jerawat dapat diatasi.
Lada hitam legakan kembung perut
Goreng sebungkus kecil halba dan 30 biji lada hitam di dalam kuali tanpa minyak sehingga naik bau dan bertukar warnanya. Kemudian, bungkus dengan kain dan diikat dengan kemas. Panaskan pada batu tungku ibu atau layurkan pada api lilin sehingga panas yang sederhana untuk diletakkan pada perut bayi. Tuam di sekeliling perut hingga bahagian ari-ari bayi dan juga pada tapak kaki.Amalkan pagi dan malam.
Lobak putih atasi bengkak
Jika terseliuh, bahagian tersebut akan bengkak. Bagi mengurangkan kesan bengkak, parut lobak putih dan campurkan sesudu cuka makan. Letakkan parutan lobak tadi di bahagian tersebut.
Halia legakan senggugut
Rebus halia bersama air. Setelah mendidih, tapis air halia tersebut dan minum. Senggugut akan beransur pulih.
Ubati kutil atau ketumbit di mata
Ambil getah pokok betik lalu disapukan pada kutil atau ketumbit setiap hari.
Hilangkan kedut kulit.
Parut sebiji lobak merah yang telah dibersihkan. Campurkan parutan lobak merah bersama tepung jagung dan kuning telur. bancuh hingga sebati dan sapukan pada kulit setiap hari.
Hilangkan parut pada wajah.
Ambil serbuk kayu manis dan campurkan bersama bedak sejuk. Kacau dgn sedikit air hingga pekat dan sapu pada wajah sebelum tidur.
Elak rambut merah dan bercabang
Rebus seikat kangkung, setelah air rebusan sejuk, siram dan lakukan urutan ringan pada seluruh rambut yang telah dicuci bersih sebelum itu. Amalkan setiap hari.

Sunday, August 22, 2010
Arnab kesayangan
Saya amat meminati arnab justeru minat itu pada Mac 2010 Suami tercinta telah menghadiahkan saya sepasang arnab....Pasangan arnab itu saya namakan Chiko (jantan) dan Chika (betina). Anak-anak saya juga seronok dapat bermain dgn chika dan chiko.....
Halaman bunga
Halaman rumah tanpa bunga pasti tidak berseri.....berkongsi minat menanam bunga bersama suami menjadikan halaman rumah saya semakin ceria. Antara pokok bunga dan tanaman hiasan yang saya tanam adalah seperti Bunga Ros, Orkid, Melur, Bambu, bunga kertas, Bunga Raya, Kaktus, keladi, Lavender, Ati-ati, misai kucing, Puding dan banyak lagi........Tapi dalam pelbagai jenis bunga yang paling saya minat adalah ROS dan ORKID.
ROS.
ROS.
Pokok Bunga Ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm. Bunga Ros adalah salah satu tumbuhan berbunga, oleh itu dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Ros adalah satu bunga asing bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu. Bunga Ros mempunyai keharuman yang lemah dan tidak sekuat bunga tempatan. Ini mungkin disebabkan bunga Ros tidak banyak mempunyai persaingan. Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Ros melambangkan bunga cinta.
Bunga Ros yang pelbagai warna memberi beberapa maksud yg tersembunyi jika diberikan kepada seseorang..sebagai contoh :
hitam = musuh
merah jambu = teman istimewa
putih = kawan baik
merah = cinta
jingga = mengambil berat
Beberapa tips penjagaan pokok bunga ros :~
- Siram pokok 2 kali sehari - 7.00 pagi dan 6.00 ptg.
- Baja - 2 minggu sekali. - gunakan baja organik
- Letak di tempat yang teduh adalah lebih baik. Cuaca panas akan merosakkan kecantikan bunga ros.
ORKID.
Subscribe to:
Comments (Atom)